Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 25 Mac 2017
Versi 8.0.1
 
Pertanyaan Am Perkhidmatan

General

1. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya soalan saya tidak terjawab dalam soalan lazim di sini?
2. Pertanyaan Mengenai Taksiran Cukai Pintu
3. Pertanyaan mengenai Kaunter SBBS dan pembayaran
4. Permohonan untuk lesen kedai runcit kampung
5. Permohonan untuk lesen gerai makanan, teh dan kopi, bir dan minuman keras serta lesen-lesen yang lain
6. Perkhidmatan pemunggutan / pelupusan sampah-sarap
7. Permohonan untuk permit menggantung kain rentang
8. Permohonan permit jalan untuk menggunakan jalan-jalan larangan
9. Lain-Lain Perkhidmatan


Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya soalan saya tidak terjawab dalam soalan lazim di sini?

Anda boleh berhubung dengan kami melalui telefon 082-615566.

Atas


Pertanyaan Mengenai Taksiran Cukai Pintu

1.  Apakah proses-proses yang terlibat dalam pemunggutan cukai pintu ke atas pegangan bercukai ?

Proses-proses yang berlaku bila Kadar Cukai Pintu dikenakan ke atas pegangan bercukai : 

(i) Menerima kedudukan maklumat tentang bangunan baru yang telah disiapkan melalui : 

  • Permit menduduki daripada Bahagian Kejuruteraan. 
  • Laporan daripada pemilik rumah secara individu. 
  • Pemeriksaan Tapak .


(ii) Ukurperiksa dilakukan

  • Pengesahan ukuran tapak bersama dengan pelan bangunan. 
  • Mengambil ukuran bangunan. 
  • Lukisan lakaran pelan 
  • Mengumpul maklumat tentang bangunan dan harta. 

(iii) Penilaian dijalankan mengikut

  • Keluasan lantai 
  • Penggunaan Tempat 
  • Kegunaannya 
  • Bahan-bahan pembinaan 

    Senarai prinsip nada 
    "Asas adalah nilai kadar tahunan" 

(iv) Penilaian diluluskan oleh :-

  • Pegawai Penilaian 

(v) Bahagian Percukaian

  • Kemasukan data dalam sistem bil cukai pintu 
  • Mengenakan cukai pintu berdasarkan perkhidmatan yang disediakan 
  • Pencetakan notis berkanun 
  • Pencetakan bil cukai pintu 
  • Menyediakan senarai penilaian yang baru atau memindahkan senarai penilaian 

(vi) Bil cukai pintu dihantar


2.  Apakah itu penilaian pencukaian? 
Penilaian pencukaian Majlis adalah berasaskan Kaedah Nilai Tahunan. 
Faktor-faktor yang diambilkira apabila menentukan Nilai Unit Sewaan adalah :- 

(i) Jenis atau kelas bangunan. 
(ii) Lokasi bangunan. 
(iii) Struktur dan keadaan bangunan. 
(iv) Kemudahan yang terdapat di situ dan faktor-faktor lain. 
(v) Keluasan lantai.


3.  Apakah itu taksiran cukai pintu ? 
Cukai pintu atau cukai rumah adalah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah yang terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Padawan.


4.  Apa tujuan mengenakan cukai pintu ?
Tujuan pencukaian :
(i) Untuk memastikan pihak berkuasa tempatan mempunyai hasil yang mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan awam.


(ii) Untuk memastikan setiap pemilik rumah (pembayar cukai) memberi sumbangannya secara adil terhadap dana perkhidmatan Majlis. 

Di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1996 Seksyen 61, Majlis telah diberi kuasa untuk mengenakan cukai pintu.


Majlis Perbandaran Padawan Kuching hanya mengenakan cukai pintu terhadap bangunan. Lot-lot kosong tidak akan ditaksirkan.


Jumlah bayaran cukai pintu adalah bergantung kepada nilai kadar tahunan hartanah serta peratusan kadar yang dikenakan terhadap jenis perkhidmatan Majlis yang dinikmati.


5.  Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis? 

Klasifikasi 

(i) Hal Umum 
Hal Umum cukai hanya dikenakan ke atas semua pegangan bercukai yang berada di bawah kawasan kuasa tempatan Majlis. 

(ii) Penyelenggaraan jalan 
Cukai penyeleggaraan jalan akan hanya dikenakan terhadap pegangan bercukai, yang mana ia memperolehi keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak langsung, yang diselenggarakan oleh ataupun, bagi pihak Majlis

(iii) Lampu jalan 
Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang terletak dalam lingkungan 275 meter dari lampu jalan yang terdekat. 

(iv) Pemunggutan sampah 
Cukai pemunggutan sampah hanya akan dikenakan terhadap pegangan bercukai apabila sampah dipunggut oleh atau bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal oleh undang-undang kecil atau kontrak. 

(v) Pengurusan sisa
Cukai pengurusan sisa akan dikenakan ke atas pegangan bercukai, yang mana ia memperolehi keuntungan dari perkhidmatan pembentungan dan pengurusan sisa yang dibekalkan oleh ataupun, bagi pihak Majlis.


* Ilustrasi bagaimana cukai dikenakan :- 

(a) Premis tersebut telah ditafsirkan mempunyai nilai kadar tahunan sebanyak RM450.
 
(b) Perkhidmatan yang dinikmati oleh premis tersebut adalah seperti penyelenggaraan jalan, lampu jalan, pengurusan sisa dan pemunggutan sampah. 
(c) Pecahan analisa ke atas cukai yang dikenakan:- 
Nilai Kadar Tahunan = RM450
 
Kadar Hal Umum = 12½% dari RM450 = RM 56.25
 
Kadar Penyelenggaraan Jalan = 3 3/4% dari RM 450 RM 16.87
 
Kadar Pemunggutan Sampah = 5 ½% dari RM450 = RM 24.75
 
Kadar Lampu Jalan= 3½% dari RM450 = RM 15.75
 
Kadar Pengurusan Sisa= 4% dari RM450 = RM 18.00
 
Pembayaran Kadar Tahunan = RM 131.62


6.  Apakah jenis-jenis hartanah yang dikecualikan daripada cukai pintu? 
Jenis-jenis hartanah yang dikecualikan daripada cukai pintu adalah seperti hartanah milik kerajaan serta hartanah-hartanah yang digunakan bagi tujuan :- 

i) Keagamaan 
ii) Pendidikan 
iii) Kebudayaan 
iv) Kebajikan


7.  Bilakah tarikh akhir pembayaran cukai pintu ? 
Bil setengah tahun pertama : 30 JUN 
Bil setengah tahun kedua : 31 OKTOBER 
Bil tahunan : 31 OKTOBER


8.  Apakah yang dimaksudkan dengan tarikh akhir pembayaran cukai pintu ? 
Tarikh akhir pembayaran adalah pada hari terakhir untuk membuat pembayaran tanpa dikenakan denda lewat bayar.


9.  Bilakah denda ke atas pembayaran lewat berkuatkuasa ? 
Denda untuk pembayaran lewat berkuatkuasa pada 1 Januari 1992.


10.  Bagaimanakah kadar denda dikenakan ? 
Kadar yang dikenakan ialah 1% setiap bulan sekiranya pembayaran dibuat selepas tarikh akhir pembayaran.


11.  Bagaimanakah cara pembayaran cukai pintu boleh dibuat? 
Pembayaran boleh dibuat secara :- 
(a) Wang tunai / Wang pos / Kiriman wang 
(b) Cek
(c) Online (Electronic Bill Presentment and Payment System) di http://www.paybillsmalaysia.com


12.  Di manakah pembayaran cukai pintu dapat dibuat ? 
Pembayaran bil dapat dibuat di : 

(a) Kaunter SBBS di Pejabat Majlis, Kota Padawan 

(b) Kaunter SBBS diuruskan oleh : 
1. Dewan Bandaraya Kuching Utara 
2. Majlis Bandaraya Kuching Selatan 
3. SESCO 
4. Lembaga Air Kuching 
5. Telekom Malaysia 
6. Pos Malaysia Berhad dan semua Pos Mini

Atas


Pertanyaan mengenai Kaunter SBBS dan pembayaran


1. KAUNTER MPP

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 8.00 pagi hingga 3.30 petang 

Jenis-jenis bil yang boleh dibayar di kaunter MPP

(a) Bil-bil MPP 
(b) Bil-bil air (KWB)
(c) Bil-bil telefon (Telekom)
(d) Bil-bil elektrik (SESCO)
(e) Bil-bil cukai tafsiran DBKU 
(f ) Bil Cukai Taksiran MBKS

No. Tel untuk dihubungi : 082-615566 (Ext. 103) 


2. PEMBAYARAN

Semua bil dari pembekal atau sebarang jenis pembayaran kepada kontraktor, penjual dan lain-lain harus diselesaikan dalam masa 1 bulan dari tarikh bil diterima dan setelah dipastikan semua dokumen-dokumen berkaitan adalah teratur dan disahkan betul.

No. Tel untuk dihubungi : 082-615566 (Ext. 102) 

Atas


Permohonan untuk lesen kedai runcit kampung


1. Permohonan

(i) Borang permohonan
Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Awam, Majlis Perbandaran Padawan dengan bayaran pemprosesan sebanyak RM5.00.

(ii) Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pendaftaran Majlis bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

(a) Surat dari Ketua Kaum / Penghulu untuk mengesahkan permohonan itu adalah 
dari kampung tersebut 
(b) Salinan bil cukai taksiran yang terkini dan sudah dijelaskan 
(c) Surat persetujuan dari pemilik rumah jika rumah itu bukan rumah pemohon 
(d) Salinan kad pengenalan 
(e) 2 keping gambar berukuran pasport terkini 

(iii) Penghantaran borang permohonan 
Borang permohonan boleh dihantar melalui POS ataupun secara peribadi kepada :

Setiausaha Perbandaran 
Majlis Perbandaran Padawan 
Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrissen 
Peti Surat 620 
93712 Kuching


2. Syarat Kelulusan

(i) Pemohon mestilah Bumiputera 
(ii) Semua borang permohonan hendaklah diisi dan dilengkapkan dengan dokumen-dokumen yang berkenaan 
(iii) Diperiksa / disokong oleh Inspektor Kesihatan / Pegawai Tadbir 
(iv) Diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pasar, Pelesenan, Penjaja dan Peniaga Kecil 


3. Pembayaran lesen

RM36.00 setahun


4. Pembaharuan lesen

Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput.


5. Kesalahan

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Luar Bandar Kuching (Perlesenan Pelbagai Perniagaan) berniaga kedai kampung tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis ini merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

Denda : Denda RM50.00 bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan kedua dan 
seterusnya akan dikenakan denda sebanyak RM100.00. 

Atas


Permohonan untuk lesen gerai makanan, teh dan kopi, bir dan minuman keras serta lesen-lesen yang lain

1. Permohonan 

(i) Borang permohonan 
Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Awam, Majlis Perbandaran Padawan dan dikenakan bayaran pemprosesan berjumlah RM5.00 atau RM20.00 bergantung kepada jenis lesen. 

(ii) Melengkapkan borang permohonan 

Borang permohonan yang lengkap diisi haruslah dihantar ke Bahagian Pendaftaran Majlis bersama dengan dokumen-dokumen berikut : 
(a) Pelan lantai 
(b) Salinan geran tanah / permit kedudukan 
(c) Surat perjanjian sewaan antara pemohon dan pemilik kedai 
(d) Surat kebenaran daripada pemilik kedai jika kedai tersebut bukan milik pemohon 
(e) Salinan kad pengenalan 
(f) Dua keping gambar berukuran pasport yang terkini 
(g) Salinan bil cukai rumah terkini yang sudah dibayar 

(iii) Penghantaran borang permohonan 

Borang permohonan boleh dihantar melalui POS atau dihantar sendiri kepada : 

Setiausaha Perbandaran 
Majlis Perbandaran Padawan 
Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrissen 
Peti Surat 620 
93712 Kuching 


2. Syarat-syarat kelulusan 

* Borang permohonan haruslah dilengkapkan dan dikepilkan bersama dengan dokumen-dokumen yang berkenaan 
* Keperluan kesihatan harus dipatuhi 
* Diperiksa / disokong oleh Inspektor Kesihatan / Pegawai Tadbir 
* Diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pasar, Pelesenan, Penjaja dan Peniaga Kecil


3. Keperluan-keperluan kesihatan 

Setelah permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa dan sebelum lesen dikeluarkan, pemohon dikehendaki mematuhi keperluan-keperluan kesihatan seperti berikut : 
(Untuk Gerai Makanan, Teh dan Kopi, Bir dan Minuman Keras) 
(a) Menyediakan lantai jubin untuk kedai makanan 
(b) Menyediakan dinding jubin setinggi 5 kaki dari permukaan lantai 
(c) Menyediakan sistem tandas yang sempurna 
(d) Menyediakan bekalan pengudaraan dan pencahayaan yang memuaskan 
(e) Menyediakan tempat membasuh tangan yang mencukupi 
(f) Semua pengendali makanan mestilah dihantar untuk pemeriksaan kesihatan


4. Lesen tamat dan pembaharuan lesen 

Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput.

5. Kesalahan 

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Luar Bandar Kuching ( Perlesenan Pelbagai Perniagaan ), mengendalikan kedai kopi tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis ini merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

Denda 
Denda sebanyak RM50.00 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua dan 
seterusnya, denda sebanyak RM100.00 akan dikenakan.

6. Pembayaran lesen 

  • B - Dibayar secara bulanan 
  • ST - Dibayar pada setiap Suku Tahun 
  • Dibayar secara tahunan


A. LESEN UNTUK JENIS-JENIS HIBURAN 

1. Teater & Panggung Wayang RM100.00 (B) 
2. Cakera Laser RM300.00 (ST) 
3. Karaoke RM 50.00 (B) 
4. Pusat Biliard RM 60.00 (ST) 
5. Pusat Biliard(2 meja) RM120.00 (ST) 
6. Pusat Biliard (4 meja) RM240.00 (ST) 
7. Pusat Biliard (7 meja) RM420.00 (ST) 
8. Pusat Biliard (8 meja) RM480.00 (ST) 
9. Pusat Hiburan (Disko & Dewan menari) RM 50.00 (B) 
10. Pusat Hiburan (Pub) RM 50.00 (B)

B. LESEN UNTUK PENJAJA 

1. Penjaja bergerak RM 60.00
 
2. Kedai terpencil RM 60.00
 
3. Kedai kampung Bumiputera RM 36.00
 
4. Menjaja tanpa kereta sorong beroda RM 84.00
 
5. Menjaja dengan kereta sorong RM120.00
 
6. Menjaja menggunakan kereta, van, lori pick-up RM180.00
 
7. Gerai Berkunci RM 25.00 (ST) 
8. Pusat penjaja RM 60.00

C. LESEN MINUMAN KERAS 

1. Perlesenan arak RM 60.00 (ST) 
2. Bir & Stout (di luar premis) RM 60.00 (ST) 
3. Bir & Stout (di dalam premis) RM 90.00 (ST) 
4. Penjualan arak secara borong RM150.00 (ST) 
5. Penjualan arak secara runcit RM120.00 (ST) 
6. Penjualan arak (Kelab Sosial) RM 90.00 (ST) 
7. Arak (di luar perumahan awam) RM 90.00 (ST)

D. LESEN PETROLEUM & LPG 

1. Bekalan Gas < 364 Kg. RM 10.00
 
2. Bekalan Gas > 365 Kg. < 19,000 Kg. RM 100.00
 
3. Bekalan Gas > 91,000 Kg. RM 200.00
 
4. Penyimpanan Gas < 364 Lit. (2 jenis) RM 20.00
 
5. Penyimpanan Petroleum < 727 Lit. RM 10.00
 
6. Penyimpanan Petroleum < 181,844 Lit. RM 100.00
 
7. Penyimpanan Petroleum > 727 Lit. (3 jenis) RM 30.00
 
8. Stesen Petrol > 181,844 Lit. RM 200.00
 
9. Penyimpanan Petroleum < 727 Lit. (4 jenis) RM 40.00
 
10. Stesen Petroleum < 182,000 Lit. (4 jenis) RM 400.00
 
11. Penyimpanan Petroleum < 727 Lit. (2 jenis) RM 20.00
 
12. Minyak Depo RM1,800.00 
13. Stesen Minyak < 182,000 (2 jenis) RM 200.00
 
14. Stesen Minyak < 182,000 (3 jenis) RM 300.00

E. LESEN PASAR

1. Serbuk / Pes kari RM 84.00 
2. Tauhu RM 84.00
 
3. Penjual buah RM 84.00 
4. Penjual kek RM 84.00
 
5. Ikan segar RM 120.00
 
6. Gerai tetap & meja sayuran RM 120.00
 
7. Gerai & meja makanan RM 120.00
 
8. Gerai & meja makanan (jeruk) RM 120.00
 
9. Gerai & meja makanan (rojak / ais kacang) RM 84.00
 
10. Daging & makanan umum (daging) RM 180.00
 
11. Daging & makanan umum (daging khinzir) RM 180.00
 
12. Daging & makanan umum (beku) RM 180.00 
13. Barangan runcit RM 84.00
 
14. Ikan dimasak /dibakar / kering / masin RM 84.00
 
15. Ketam / kerang laut RM 120.00
 
16. Sayuran jeruk RM 120.00
 
17. Daging & makanan umum (daging lembu) RM 180.00
 
18. Gerai cekor RM 2.00
 
19. Ayam hidup RM 180.00
 
20. Penjual pasu bunga RM 84.00 
21. Penjual pes RM 25.00 (Q)

F. LESEN-LESSEN LAIN 

1. Lesen Gunting Rambut RM 2.00
 
2. Rumah Penginapan (lebih daripada 10 buah bilik) 
    untuk sebuah bilik. RM10.00
 
3. Teh & kopi RM 180.00
 
4. Kilang Pembotolan Air RM 480.00
 
5. Kilang kacang soya RM 360.00
 
6. Kilang jubin / tembikar (buatan tangan) RM 50.00
 
7. Kilang jubin / tembikar (buatan mesin) RM 720.00 
8. Bakery & Kilang biskut RM 240.00
 
9. Kilang minuman tidak berkarbonat RM 360.00
 
10. Kantin RM 180.00 
11. Kilang Sos RM 360.00
 
12. Kilang Minyak makanan RM 480.00
 
13. Lesen Hotel (6 buah bilik) RM 60.00
 
14. Kilang Pemprosesan Torehan Getah RM 100.00 
15. Pembakaran batu-bata RM 24.00
 
16. Kilang mee (buatan mesin) RM 120.00
 
17. Pembuat Serbuk Kopi RM 120.00
 
18. Kedai makanan RM 180.00
 
19. Restoran RM 240.00
 
20. Kedai sayur dan buah RM 120.00
 
21. Tempat perjudian RM1,000.00
 
22. Tempat mencuci pakaian RM 12.00
 
23. Kilang pemprosesan sabun RM 24.00 
24. Kilang pemprosesan ais RM 24.00 
25. Rumah Penginapan (tidak lebih daripada 10 bilik) RM 12.00
 
26. Kilang makanan RM 360.00 
27. Kilang pemprosesan belacan RM 24.00
 
28. Pembeli botol RM 2.00 
29. Pembakaran batu-bata RM 24.00
 
30. Rumah Penyembelihan RM 100.00
 
31. Kilang pemprosesan jeruk sayuran RM 120.00
 
32. Kilang pemprosesan kari RM 120.00
 
33. Kilang makanan ringan RM 360.00 
34. Kilang pemprosesan coklat RM 360.00 
35. Kilang aiskrim RM 360.00
 
36. Kilang pemprosesan produk ikan RM 360.00
 
37. Kilang pemprosesan makanan RM 360.00
 
38. Kilang pemprosesan daging RM 180.00 
39. Penjual Arang RM 120.00

Atas


Perkhidmatan pemunggutan / pelupusan sampah-sarap

1.  Siapakah patut dihubungi sekiranya menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan berkenaan perkhidmatan berikut:


A)  Perkhidmatan Pemunggutan Sampah
Sila hubungi Trieneken (Sarawak) Sdn. Bhd. melalui telefon 082-422515 atau 082-237000.


B) Perkhidmatan Pengepaman Najis 
Sila hubungi Bahagian Kesihatan Dan Perkhidmatan Majlis, Majlis Perbandaran Padawan melalui telefon
082-615566.

 

Atas


Permohonan untuk permit menggantung kain rentang

1. Bagaimana untuk memohon? (a) Semua permohonan untuk menggantung kain rentang harus diserahkan dan dialamatkan kepada : 

Setiausaha Perbandaran 
Majlis Perbandaran Padawan 
Kota Padawan, Batu 10 
Jalan Penrissen 
Peti surat 620 
93712 Kuching 

(b) Permohonan perlu disertakan dengan maklumat-maklumat seperti berikut :
(i) Tujuan dan tarikh menggantung kain rentang 
(ii) Lokasi / tempat bersama dengan pelan lakaran menunjukkan di mana kain rentang akan digantung 
(iii) Rekabentuk / saiz kain rentang 

(c) Pemohon diminta untuk membayar deposit untuk memastikan semua syarat permit dipatuhi.

2. Pemprosesan Permohonan untuk Pemberian Permit :
(a) Pemprosesan akan dibuat serta-merta selepas permohonan telah diterima oleh Bahagian Pentadbiran. 
(b) Jika semua syarat permohonan dipatuhi, pemohon akan diberitahu dalam masa dua (2) hari.


Permit akan dikeluarkan jika mengikut syarat berikut : 
(i) Saiz kain rentang tidak boleh melebihi 20' 3’; 
(ii) Sebarang simbol-simbol iklan di kedua-dua hujung kain rentang tidak boleh merangkumi 1/3 kain rentang. 
(iii) Iklan-iklan rokok atau arak tidak dibenarkan dipamer pada kain rentang. 
(iv) Kain rentang hanya boleh dipamerkan dua minggu sebelum acara dimulakan dan harus diturunkan dua hari selepas itu. 
(v) Kebenaran daripada pemilik bangunan mesti diperolehi terlebih dahulu. 
(vi) Kain rentang mesti diikat dengan sempurna dan tidak boleh dibiarkan dalam keadaan selekeh. 
(vii) Kain rentang tidak boleh digantung merentangi jalan raya. 
(viii) Kain rentang tidak boleh dipaku atau diikat pada pokok yang ditanam oleh Majlis di tepi jalan raya. 
(ix) Sekurang-kurangnya 1/8 daripada ruang kain rentang disediakan untuk cogan kata yang mengandungi nasihat menjaga kebersihan seperti "Kekalkan Kebersihan Alam Sekitar" dan lain-lain


3. Pelupusan Deposit 
(a) Kain rentang haruslah ditanggalkan selewat-lewatnya dua (2) hari selepas tamat acara. 
(b) Kegagalan menanggalkan kain rentang dalam tempoh dua (2) hari akan mengakibatkan 
deposit RM50.00 dilupuskan.

Atas


Permohonan permit jalan untuk menggunakan jalan-jalan larangan


Di bawah Peraturan lalu lintas Jalan (Had lalulintas) MDLBK Pindaan 1980, penggunaan mana-mana kenderaan bermotor yang berat muatannya melebihi muatan seperti yang ditetapkan di kolum pertama Jadual adalah dilarang menggunakan mana-mana jalan yang ditetapkan di kolum kedua Jadual, kecuali pemandu atau tuan punya kenderaan telah mendapatkan permit daripada Setiausaha Majlis Perbandaran Padawan untuk tujuan tersebut.

Jadual

Klasifikasi Kenderaan

Berat Kasar
Nama Jalan

5 Tan (5,000 Kg)
Jalan Arang

Jalan Khun Ping

Jalan Semaba

Jalan Capital Garden

Jalan Kpg. Haji Baki

Jalan Everbright Park,

Batu Kawa

Jalan Metro Park, Batu Kawa

Jalan Bukit Cahaya

Batu 3

Jalan Batu Kawa Lorong No.1

3.5 Tan (3,500 Kg)
Jalan Siratau

Jalan Tijirak

Jalan Segu Giam

Jalan Tanjung Embang

Keperluan bila Mengemukakan Permohonan Permit Jalan 

1. Semua borang permohonan yang boleh diperolehi daripada Bahagian Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Padawan mesti dikemukakan dalam masa 7 hari sebelum tarikh menggunakan jalan tersebut. 
2. Bagi permohonan untuk pengangkutan tanah, deposit mengikut jadual di bawah perlu dibayar kepada Majlis, sebelum permit dikeluarkan untuk tempoh tidak melebihi satu bulan bagi setiap permohonan 

Jumlah Perjalanan
Deposit yang perlu dibayar

Tidak lebih dari 5 Perjalanan

Tiada deposit

Dari 5 hingga 50 Perjalanan
RM 300.00

Dari 50 hingga 200 Perjalanan
RM 500.00

Dari 200 hingga 400 Perjalanan
RM1,000.00

Lebih dari 400 Perjalanan
RM1,000.00 dan RM300.00 untuk setiap 100 Perjalanan

3. Permit untuk tempoh tidak melebihi 1 tahun bagi setiap permohonan akan dikeluarkan percuma bagi kerja-kerja pengangkutan bahan-bahan binaan dan barang-barang dagangan. 
4. Permohonan untuk Permit Jalan akan diluluskan oleh Majlis dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan permohonan, dengan syarat semua maklumat mestilah dipenuhi dan deposit yang berkaitan dijelaskan. 
5. Untuk maklumat lanjut, sila tulis kepada atau hubungi : 

Majlis Perbandaran Padawan 
(Bahagian Kejuruteraan) 
Kota Padawan 
Batu 10 Jalan Penrissen 
Peti Surat 620 
93712 Kuching 
No. Tel : 615566 

Atas


Lain-Lain Perkhidmatan


1.  Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diuruskan oleh Bahagian Kesihatan Dan Perkhidmatan Awam 

  • Pemotongan rumput 
  • Pembersihan parit 
  • Pembersihan bandar 
  • Pengawalan Vektor 
  • Kebersihan Makanan 
  • Penyelenggaraan Tandas Awam 
  • Penangkapan Anjing Liar

Sebarang pertanyaan, permintaan untuk perkhidmatan di atas, sila hubungi Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Awam Majlis Perbandaran Padawan melalui telefon 082-615566 


2.  Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditangani oleh Bahagian Kejuruteraan : 

  • Kelulusan pelan kejuruteraan (Pelan Jalan dan Sivil) 
  • Kelulusan untuk pelan bangunan 
  • Permohonan permit kedudukan 
  • Penyelenggaraan jalan 
  • Penyelenggaraan kemudahan dan ameniti 
  • Pembinaan jalan, jambatan, jeti, saliran parit, perhentian bas dan lain-lain 
  • Pemasangan lampu jalan

Untuk pertanyaan selanjutnya, permintaan untuk perkhidmatan, sila hubungi
Bahagian Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Padawan melalui telefon 082-615566 

Atas