Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 29 Jun 2017
Versi 8.0.2
Taman Periuk KeraTaman Periuk Kera


pitcher plant garden enterance

(Kemasukan Percuma sehingga 31 Disember 2015)

Waktu Operasi:- 9.00 a.m. – 4.00 p.m.

Selasa - Ahad (Termasuk Cuti Umum)

*Ditutup setiap Isnin

Sejarah Ringkas

"Taman Periuk Kera dan Orkid Liar, Kota Padawan" telah dirasmikan oleh Menteri di Kementerian Kesihatan dan Persekitaran Awam,Datuk Sri William Mawan pada 24 Jun 2004.

Pada Mac 2015, Unit Perlancongan MPP telah mengambil alih dan menghidupkan semula taman tersebut, dan dinamakan sebagai "Taman Periuk Kera"

"Taman Periuk Kera" ini terletak di pusat Kota Padawan (Pasar Batu 10), satu kilometer dari Pejabat Majlis Perbandaran Padawan

map to pitcher plant garden

PAMERAN TUMBUHAN ESOTIK

Taman Periuk Kera kini menjadi tapak bagi 35 spesis/sub-spesis periuk kera (Nepenthes) dari serata kepulauan Borneo termasuk periuk kera terbesar, N. rafflesiana yang berupaya menyimpan 1-liter cecair n.rafflesiana

dan periuk kera yang terkecil,N. gracilis.

MPP juga telah merancang untuk mempamirkan lebih banyak spesis periuk kera dari Kawasan Asia yang lain dan juga periuk kera dari kawasan pergunungan tempatan dalam masa terdekat.

n.bicalcaratan.ampullaria

(klik disini untuk album gambar taman periuk kera)

Selain dari periuk kera, terdapat juga koleksi orkid liar dan koleksi tumbuhan liar yang jarang dijumpai di Padawan. Selain daripada itu, taman ini dihiasi dengan "hiasan" yang diperbuat dari bahan yang dikitar-semula.

USAHA PEMELIHARAAN

Selaras dengan usaha pemeliharaan ini, pelawat adalah dimaklumkan bahawa, Periuk Kera adalah tumbuhan terlindung di SARAWAK. Sesiapa yang ditangkap mencuri/merosak atau kelakuan yang menyebabkan kerosakan terhadap tumbuhan di taman ini akan didenda sebanyak LIMA RATUS RINGGIT (RM 500.00)

garden map

YURAN MASUK

(Kemasukan adalah PERCUMA sehingga 31 Disember 2015)

Pelancong: RM 6.00         Rakyat Malaysia: RM 3.00

*Kemasukan percuma kepada pemandu pelancong dan pemandu teksi

*Lawatan berkumpulan dari Sekolah adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan awal dari Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Padawan untuk mendapatkan kemasukan PERCUMA

Waktu Operasi:- 9.00 a.m. – 4.00 p.m.

Selasa - Ahad (Termasuk Cuti Umum)

*Ditutup setiap Isnin

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Padawan

En. Dilop Jina

Tel: 082 - 615566