Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 25 Mac 2017
Versi 8.0.1
Perutusan Dari Setiausaha Majlis Perbandaran PadawanPerutusan Dari Setiausaha Majlis Perbandaran Padawan

Selamat Datang ke Laman Web Majlis Perbandaran Padawan atau singkatannya "MPP". Laman web Majlis Perbandaran Padawan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Padawan.


Majlis Perbandaran Padawan sentiasa menitikberatkan perkhidmatan berkualiti dalam urusan hariannya. Kakitangan MPP telah dilatih untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh orang ramai dengan cekap, berkesan dan cepat.

Pembangunan pesat yang berlaku di Bandaraya Kuching telah melimpah ke kawasan Majlis Perbandaran Padawan yang meliputi kawasan pinggir bandar. Dalam menempuh pembangunan pada masa ini, MPP memandang berat tanggungjawabnya dan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak orang ramai dan wawasannya iaitu "MPP SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN KOMUNITI CONTOH MENJELANG 2020"


Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa tanggungjawab untuk mencapai wawasan ini, tidak hanya dipikul oleh Majlis Perbandaran Padawan. Orang ramai turut memainkan peranan penting dalam usaha transformasi kawasan pinggir bandar Bandaraya Kuching menjadi pusat pembangunan komuniti komuniti contoh.

Laman ini akan membantu orang ramai di dalam mengetahui dan memahami peranan serta tanggungjawab Majlis Perbandaran Padawan. Maklumat ini belum sempurna dan MPP akan sentiasa menambah baik dan mengemaskinikannya.

Kami berharap, anda mendapat maklumat yang menarik dan berfaedah semasa melayari laman web kami.

Terima Kasih

"CEKAP BERSIH SELAMAT DAN MAKMUR"

ANDREW JORIS NOYEN

SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN