Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 29 Jun 2017
Versi 8.0.2
Profil MajlisProfil Majlis

 


LATARBELAKANG MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN

 

Majlis Perbandaran Padawan (dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Kuching) telah dibentuk pada penghujung tahun 1956 di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1948, Bab 117.

 

LOKASI

Pejabat MPP yang terkini terletak di Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching.

 

SEJARAH

1957-1961: Pengerusi Majlis ialah Pegawai Daerah (Era Penjajah)

1962-31.10.1981: Pengerusi yang dipilih (Zaman Pilihanraya Kerajaan Tempatan)

1.11.1981 ke atas: Pegerusi telah dilantik


Sistem Ahli Majlis:
Terdiri daripada Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi dan 25 ahli Majlis.


1.8.1996: 40 tahun kemudian, MDLBK telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Padawan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang waran Majlis ialah Setiausaha Perbandaran.

Kawasan Pentadbiran Majlis iaitu seluas 984.338 kilometer persegi yang meliputi kawasan-kawasan yang utama the di luar bandaraya Kuching.

Di kawasan-kawasan pinggir bandar, pembangunan perumahan berkembang dengan pesat. Rumah-rumah yang mempunyai senibina moden boleh dilihat dengan mudah semasa anda memandu disekelilingnya. Di kawasan pedalaman pula rumah-rumah tradisional yang terdiri daripada pelbagai suku kaum masih lagi wujud.

Populasi : 306,000 (nilai anggaran) terdiri daripada kaum Bidayuh,Cina, Melayu dan Iban.

Sumber utama ialah dari cukai taksiran : RM 20.6 juta (2016)

 

LOGO MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN

 

Logo MPP mempunyai satu bintang berwarna kuning yang terletak di atas perisai dengan dua ekor kucing hitam berada pada kedua-dua belah perisai tersebut. Di dalam perisai terdapat gunung berwarna biru dengan langit yang berwarna biru bersih dengan jalan menuju ke arah gunung tersebut. Tertulis di atasnya adalah moto Majlis "CEKAP, BERSIH, MAKMUR" . Terdapat jalur nipis berwarna merah mengelilingi perisai tersebut dan nama baru bagi Majlis pula tertulis di dalam jalur berwarna hijau di bawah perisai.

Makna-makna bagi simbol-simbol dan warna-warna yang terdapat pada logo Majlis adalah seperti berikut :

BINTANG KUNING - menunjukkan cahaya, harapan dan masa depan yang cerah

KUCING HITAM - menunjukkan pengurusan yang baik

LANGIT DAN GUNUNG BIRU - menunjukkan ketenangan dan persekitaran yang harmoni

JALAN - melambangkan perkembangan dan pembangunan 

JALUR HIJAU - menunjukkan kesegaran, keterbukaan dan ketulenan

RED - menunjukkan keberanian dan kekuatan

 

BAGAIMANA PADAWAN MENDAPAT NAMANYA?

900 ratus tahun dahulu, seorang ketua yang amat dihormati bernama Kinyau dari kawasan yang dikenali sebagai SIBANYAI telah menjumpai manik-manik putih di kawasan tersebut. Manik-manik tersebut dikenali sebagai BIRAWAN oleh kaum Bidayuh. Manik-manik tersebut mempunyai kuasa ajaib untuk menyembuhkan sebarang jenis penyakit dan untuk membawa keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kesejahteraan kepada penduduk di kawasan ini.

Ketua penduduk di kampung ini mempunyai seorang anak lelaki sulung bernama PADJA.

Sebagai memperingati anak lelakinya dan manik-manik itu, beliau telah menamakan kawasan ini sebagai PADAWAN - gabungan daripada nama anak lelakinya, PADJA dan BIRAWAN, manik-manik sakti. Semenjak itu kawasan ini dipanggil PADAWAN.

 

VISI

"MPP SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN KOMUNITI CONTOH MENJELANG 2020"

MISI

MPP KOMITED MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN YANG BERKUALITI SERTA PELUANG KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DI SUB-BANDAR


KAWASAN DAN PERSEMPADANAN MULAI 1.1.2017