Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 19 Sept 2019
Versi 8.2.2
PROGRAM 1AZAMPROGRAM 1AZAM

PROGRAM 1AZAM

AGENSI PELAKSANA: MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN

MATLAMAT

Program ini adalah bertujuan membantu keluarga miskin/miskin tegar (KIR) untuk menambah punca pendapatan supaya terkeluar daripada paras kemiskinan yang ditetapkan oleh Kementerian melalui penglibatan dalam aktiviti perniagaan.

Objektif Program 1AZAM adalah seperti berikut:    

  • Menyediakan peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan;
  • Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari; dan
  • Meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

KRITERIA KELAYAKAN

a)      Warganegara Malaysia;

b)      Ketua Isi Rumah (KIR) / Pemohon telah berdaftar termasuk isteri atau anak dan disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar (kumpulan B40) sahaja;

c)      Berumur 18 tahun ke atas;

d)      Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil;

e)      KIR belum pernah menerima apa-apa bantuan dari mana-mana agensi pelaksana;

f)       KIR menetap di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Padawan.

JENIS PROGRAM

AZAM Khidmat      - Potong Rumput

AZAM Niaga          - Kiosk / Kedai Runcit

SKOP BANTUAN

Pembekalan barangan runcit / peralatan yang diperlukan bagi program berkenaan.

Kursus literasi kewangan akan dilaksanakan dan peserta program 1AZAM adalah diwajibkan bagi menghadiri kursus tersebut sebelum layak menerima apa-apa bantuan. Bantuan termasuk kiosk, bush cutter, barangan runcit dan lain-lain.

KADAR BANTUAN

Kadar maksimum RM 7,000.00 bagi tahun 2017

BORANG

BORANG PERMOHONAN PROGRAM 1AZAM

SEGALA PERMOHONAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT DAERAH BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Penilaian & Percukaian
Tingkat 1 Majlis Perbandaran Padawan
No Telefon: 082-615566 ext 216/217/218/201