Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Sept 2019
Versi 8.2.2
BANTUAN BAIK PULIH RUMAHBANTUAN BAIK PULIH RUMAH

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

 

MATLAMAT

Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera untuk keluarga miskin.

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) / Pemohon telah berdaftar  dan disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar (kumpulan B40) sahaja;
  2. KIR menetap di dalam kawasan operasi PBT;
  3. Rumah yang didiami mengalami kerosakan kecil atau disebabkan  faktor musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut. Walaubagaimanapun, rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik  untuk dibaiki. Bantuan baik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap serta tidak melibatkan struktur asas rumah;
  4. Bagi tanah adat, surat pengesahan dari ketua kaum bagi mengesahkan rumah kampung tersebut adalah tanah adat dan bagi pengesahan KIR/ Pemohon sebagai penduduk di kampung tersebut;
  5. Sekiranya KIR/ Pemohon bukan pemilik tanah, mereka hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari pemilik tanah beserta salinan geran tanah.

JENIS RUMAH

“Landed House” sahaja ( Sesebuah/ Berkembar/ Teres/ Rumah Kampung)

SKOP BANTUAN

Pembaikan komponen asas rumah seperti bumbung (kekuda dan alang), atap, siling, tangga, dapur, tandas, bilik air, pintu, dinding, lantai simen/kayu, tingkap, perpaipan, perparitan (perimeter drain/saluran keluar), pembentungan/kumbahan dan pendawaian elektrik.

KADAR BANTUAN

Kadar maksimum RM 15,000.00

BORANG

Borang Permohonan Program Bantuan Baik Pulih Rumah

Segala permohonan akan disemak oleh Majlis Perbandaran Padawan sebelum dikemukakan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan kelulusan. Peruntukan adalah daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi: 
Bahagian Penilaian & Percukaian,
Tingkat 1 Majlis Perbandaran Padawan
No Telefon: 082-615566 ext 216/217/218/201