MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN
KENYATAAN TENDER SEMULA KE-2
PEJABAT YANG MEMANGGIL TENDER |
TAJUK PROJEK |
TARAF /JENIS SYARIKAT |
GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN / KELAS, TAJUK & TAJUK KECIL/KELAS, KEPALA & SUB-KEPALA |
TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN MULAI DIJUAL |
HARGA DOKUMEN DAN BAYARAN ATAS NAMA |
TEMPAT TARIKH DAN MASA TENDER DI TUTUP |
Majlis Perbandaran Padawan, Batu 10,Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak
|
TENDER SEMULA KE-2 NO. TENDER: MPP/JLN/LAN/T/084/20
TENDER SEMULA KE-2: PROJEK PEMBANGUNAN LANDSKAP RIVERFRONT, BATU KAWAH, PADAWAN, SARAWAK.
|
TERBUKA
(Mesti 100% milik warganegara)
|
Kategori Ce14 Landskap Dan Ce21 Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam
ATAU
Kepala I Sub Kepala 1 Dan Kepala VI Sub Kepala 5a
DAN
|
Majlis Perbandaran Padawan, Batu 10,Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak
Tarikh Dokumen Dijual:
8 Januari 2021 ( Jumaat )
Hingga
28 Januari 2021 (Khamis )
|
RM500.00
(Tidak Akan Dikembalikan)
Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Padawan
|
Pengerusi, Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak, Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93592 Kuching, Sarawak
Tarikh Tutup Tender:
28 Januari 2021 ( Khamis)
Waktu: 12.00 Tengah Hari |
Agensi Kerajaan tidak mewajibkan kehadiran kontraktor bagi tujuan taklimat atau lawatan tapak bagi tender ini. Kontraktor di galakkan melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan yang dinyatakan dalam dokumen Tender bagi membantu kontraktor mendapat maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/ maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran tender. Dalam hal ini, sekiranya kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atas tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah perlu dilaksanakan. |
Dokumen Tender boleh diperolehi di Bahagian Perancangan dan Pembangunan (Seksyen Bangunan), Tingkat 3, Majlis Perbandaran Padawan, Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrisssen, 93250 Kuching pada waktu pejabat seperti berikut:-
Isnin - 8:00 pagi – 1:00 petang
Khamis - 2:00 petang – 3: 30 petang
Jumaat - 8:00 pagi – 11:45 pagi
2:15 petang – 3:30 petang
Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis. Pemilik atau wakilnya hendaklah membawa:
SIJIL ASAL Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) ATAU SIJIL ASAL Unit Pendaftaran Kontraktor (UPKJ)
DAN SIJIL ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).
Tarikh laku sijil-sijil tersebut hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya tiga (3) bulan semasa tarikh tutup tender.Dokumen tender tidak akan dijual kepada mereka yang gagal mengemukakan sijil-sijil tersebut.
Petender TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai Tender ini sekiranya Petender didapati tidak mempunyai kesemua pendaftaran kod bidang yang telah ditetapkan. Mana-mana Petender yang mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender di Luar Bidang Pengkhususan” atau surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender bagi Gred yang lebih tinggi/ rendah” yang dikeluarkan oleh pejabat CIDB adalah TIDAK DITERIMA.
SILA BAWA COP BERALAMAT UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PENDAFTARAN /PEMBELIAN DOKUMEN
2.Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender/Sebutharga berserta sampul surat yang dicatatkan Nombor Tender dan Tajuk Tender dan hendaklah diserahkan kepada alamat di bawah tidak lewat daripada jam 12:00 tengahari pada hari tutup Tender tersebut.
Pengerusi, Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak, Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93592 Kuching, Sarawak
3.Sebarang dokumen tender yang dihantar selepas masa yang ditetapkan adalah ditolak.
4.Hanya penyertaan tender dari penender/pemilik yang sah akan dipertimbangkan.
5.Penender juga boleh merujuk iklan ini melalui laman web majlis di https://mpp.sarawak.gov.my.
6.Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima TENDER TERENDAH atau MANA-MANA TENDER.
SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN