PERINGATAN!!! KESALAHAN YANG BOLEH DIKOMPAUN DI BAWAH THE PROTECTION OF PUBLIC HEALTH (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS, 2020

Posted on 12 May 2021

PERINGATAN!!!

 

KESALAHAN YANG BOLEH DIKOMPAUN DI BAWAH THE PROTECTION OF PUBLIC HEALTH (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS, 2020 DAN BOLEH DIKOMPAUAN SEBANYAK RM1,500 BAGI SETIAP KESALAHAN

  1. Aktiviti dalam pub, karaoke dan kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub, karaoke dan kelab malam dan memaparkan jumlah maksima pelanggan yang dibenarkan. [Aktiviti ini tertakluk kepada SOP semasa] (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).
  2. Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di dalam suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).
  3. Pelanggan, pekerja dan pembekal gagal memakai pelitup muka (Bagi Kesalahan Individu).
  4. Individu gagal mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran secara manual (Bagi Kesalahan Individu).
  5. Individu gagal membuat imbasan suhu badan (Bagi Kesalahan Individu).
  6. Individu gagal memastikan penjarakan fizikal (Bagi Kesalahan Individu).
  7. Pemegang lessen dan pemilik premis gagal mematuhi waktu operasi premis seperti yang telah ditetapkan dalam SOP semasa (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).
  8. Pemegang lessen dan pemilik premis gagal mematuhi waktu operasi premis mengikut waktu operasi semasa yang digariskan dalam SOP sedia ada dan terkini (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).
  9. Pemegang lessen dan pemilik premis gagal menyediakan hand sanitizer (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

10.  Pemilik premis gagal melaksanakan penjarakan fizikal (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

11.  Pemilik premis gagal menyediakan laluan keluar masuk ke dalam premis dengan penjarakan 1 meter (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

12.  Pemilik premis gagal menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan 1 meter dalam sesuatu masa bagi karaoke, pub, kelab malam, spa, pusat urut dan refleksologi. [Tertakluk kepada SOP semasa] (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

13.  Pemilik premis gagal menyediakan kemudahan QR Code MySejahtera, buku pendaftaran kehadiran pelanggan dan buku pendaftaran kehadiran pekerja (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

14.  Pemilik premis gagal menyediakan peralatan saringan suhu atau menyediakan peralatan saringan suhu yang tidak berfungsi (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

15.  Penganjuran kejohanan/ pertandingan di peringkat negeri/komuniti yang tidak mendapat kebenaran KBS (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

16.  Penganjuran kejohanan/ pertandingan di peringkat negeri/komuniti dengan kebenaran KBS namun dihadiri penonton/ penyokong (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

17.  Gagal memastikan jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian mengikut kapasiti kenderaan (Bagi Kesalahan Individu).

18.  Gagal mematuhi masa bagi aktiviti perkhidmatan penghantaran makanan yang dibenarkan oleh MKN dan SDMC seperti dalam SOP semasa (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

19.  Majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan.  Manakala bagi sektor swasta berdasarkan kepada SOP semasa (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).

20.  Kesalahan-kesalahan lain yang diperuntukan dalam SOP semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan SDMC yang tidak disenaraikan di atas (Bagi Kesalahan Individu dan Kesalahan Perbadanan).