News

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL INSPEKTORAT ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN (IAKAP) TAHUN 2019 BAGI PENGIKTIRAFAN LIMA BINTANG
Posted on : 25 Mar 2021
 

19 Mac 2021 (Jumaat) - MPP telah berjaya memperoleh keputusan CERMERLANG di dalam Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) bagi penarafan status LIMA BINTANG bagi Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) tahun 2019.

 MPP telah menerima kunjungan rasmi daripada YBhg Tuan Ibirin Anak Ina, Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak bagi penyerahan anugerah tersebut kepada pihak MPP dan ianya telah diterima oleh Yang Berusaha Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Perbandaran. Turut serta dalam Majlis tersebut ialah En. Henry Jalin Watt, Timbalan Setiausaha Perbandaran MPP, En. Mike Palmer Anak Frankie Riya, Penolong Pengarah Keselamatan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan MPP dan CGSO. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar.