News

MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN MEMBUKA KAUNTER PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19 DI PASAR BASAH KOTA SENTOSA, BATU TUJUH KUCHING
Posted on : 29 Mar 2021
 

 

28 MAC 2021 (AHAD) Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian telah turun padang bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Padawan untuk memberi penjelasan tentang kepentingan pendaftaran orang ramai untuk menerima vaksin.

Dia menegaskan bahawa perkara tersebut harus  dipergiatkan melalui peranan pemimpin masyarakat dalam membantu dan mendidik orang ramai untuk mendaftar diri untuk divaksin khususnya di kawasan kampong.

Meskipun setengah daripada populasi di negeri telah mendaftar untuk menerima vaksin namun begitu tidak semua penduduk tahu bagaimana untuk mendaftar untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera terutamanya warga tua yang tidak memiliki telefon bimbit yang canggih (Smartphone).

Dr Sim juga mengingatkan betapa pentingnya untuk mencatat kadar pendaftaran vaksinasi yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sarawak kerana dengan cara ini dapat menuntut lebih banyak dos vaksin dari Putrajaya.

Jelas beliau, Kawasan Rukun Tetangga dan majlis tempatan diarahkan untuk membantu meningkatkan kadar pendaftaran dalam kalangan orang ramai sama ada melalui aplikasi MySejahtera mahupun dengan menubuhkan kaunter pendaftaran di tempat-tempat tumpuan orang ramai.

YB Lo Khere Chiang selaku Pengerusi MPP bersama Timbalan Pengerusi MPP Dato Ahmad Ibrahim dan Ahli-ahli Majlis serta Pegawai-Pegawai Kanan MPP juga hadir dalam membantu memberi kesedaran kepada orang ramai mendaftar di kaunter pendaftaran untuk divaksin di Pasar Basah Kota Sentosa, Batu Tujuh.