News

LAWATAN KERJA AHLI JAWATANKUASA TETAP HAL UMUM MPP KE KPG. TELAGA AIR, KPG SG. AUR, KPG SIBU LAUT DAN KPG. TROMBOL
Posted on : 30 Mar 2021
 

29 MAC 2021 (ISNIN) Pada hari ini, Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Umum MPP telah mengadakan lawatan kerja ke Kpg. Telaga Air, Kpg. Sg. Aur, Kpg. Sibu Laut Dan Kpg. Trombol.

Lawatan ini telah dihadiri oleh YB Ir. Lo Khere Chiang, Pengerusi MPP, YBhg Dato Ahmad Ibrahim, Timbalan Pengerusi MPP, Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Perbandaran MPP, Cr. Rabian Kipli, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Umum MPP, En. Alan Michael, Pengurus Kanan (Pengurusan Projek), LCDA bersama-sama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Tetap tersebut dan disertai oleh pegawai-pegawai MPP dan LCDA.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kedudukan tanah MPP dan potensi Pembangunan serta produk pelancongan yang dapat dimajukan di kawasan-kawasan tersebut.