News

PROGRAM JOM CEGAH COVID-19 DAN AMALKAN NORMA BAHARU DI KAMPUNG
Posted on : 31 Mar 2021
 

Berikutan dengan kes penularan tempatan dan terdapat beberapa kluster yang wujud di Zon Kuching yang juga melibatkan beberapa kawasan kampung, oleh itu satu sesi penyerahan Poster Norma Baharu Di Kampung kepada penduduk kampung di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) melalui Ahli Majlis telah berlansung pada Selasa, 30 Mac 2021 semasa Mesyuarat Penuh Majlis yang diadakan di Dewan Majlis, MPP.

Program ini adalah bertujuan untuk mengingatkan penduduk kampung agar tidak leka dan terus mengamalkan norma baru dalam kehidupan dan aktiviti seharian seperti memakai pelitup muka, amalan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, mengelakkan tempat yang sesak dengan orang/ berkumpulan dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan cecair pencuci tangan. Program kesedaran ini adalah satu program berterusan yang menyasarkan penduduk-penduduk kampung.

Program penyerahan poster ini disempurnakan oleh Pengerusi MPP, YB Ir. Lo Khere Chiang. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengerusi MPP, Dato' Ahmad Bin Dato' Sri Ibrahim serta Ahli-ahli Majlis dan beberapa orang Pegawai Kanan MPP.