News

Projek Perintis Pusat Pengumpulan Sisa-Sisa Besar (Bulky Waste) Desa Wira
Posted on : 12 May 2022
 

Projek Perintis Pusat Pengumpulan Sisa-Sisa Besar (Bulky Waste) Desa Wira (3 bulan, Mei-Jul 2022)

Tuan-Tuan/Puan-puan,
Untuk makluman para penduduk, satu projek perintis Pusat Pengumpulan Sisa-sisa Besar (Bulky Waste) Desa Wira akan dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan kerjasama Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd, GVE Strategic Waste Sdn. Bhd dan Komuniti Desa Wira bermula daripada bulan Mei hingga Julai.

Semua penduduk Desa Wira dialu-alukan untuk menyertai program.
Pengumpulan sisa-sisa besar akan diadakan pada setiap Sabtu ke-2 setiap bulan sepanjang tempoh projek tersebut.
Satu kaunter belian balik bahan-bahan kitar semula dan sisa elektronik juga akan dibuka.
Risalah projek dan jadual kutipan disertakan bersama notis ini untuk rujukan para penduduk.

Marilah kita bersama-sama berusaha mewujudkan Desa Wira yang bersih, indah dan lestari.  Segala kerjasama dan sokongan para penduduk amatlah dihargai.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil-wakil komuniti anda atau pejabat MPP (082-615566) atau Trienekens (082-612300). Terima kasih