KENYATAAN SEBUTHARGA: Tarikh Tutup: 14 November 2022 | ||||||||||||||||||||||||
Posted on : 10 Nov 2022 |
||||||||||||||||||||||||
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN
KENYATAAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa daripada penduduk setempat yang layak dan berpengalaman bagi melaksanakan kerja – kerja pembersihan dan penyelenggaraan Tandas Awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan bagi tempoh satu (1) tahun dari 01 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
Borang sebut harga dan butir-butir lanjut tentang kerja kontrak ini boleh diperolehi dengan bayaran RM 20.00 dari Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Padawan di Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching.
Borang sebut harga yang sudah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat, dicap dan ditanda nombor sebut harga dan lokasi tandas yang dipilih. Ianya hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Kaunter Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, MPP pada atau sebelum 14 November 2023 jam 12.00 tengahari.
Pihak tuan/puan digalakkan mengadakan lawatan sendiri ke tandas-tandas yang disenaraikan. Sila berhubung dengan Pegawai Majlis (Seksyen Pembetungan dan Tandas Awam) untuk tujuan lawatan.
Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana - mana tawaran. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka.
SETIAUSAHA PERBANDARAN MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN
|