Official Website of Padawan Municipal Council
Read More
Press Release, 04 March 2026
Pengerusi MPP, Tan Kai (tengah), menunjukkan poster promosi kempen cabutan bertuah ‘Bayar Cukai Taksiran dan Menang’ majlis tersebut yang menawarkan hadiah bernilai RM20,000. KOTA PADAWAN, 4 Mac: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan melaksanakan kempen cabutan bertuah khas ‘Bayar Cukai Taksiran dan Menang’ yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 bagi menggalakkan pembayar cukai menjelaskan bil tahun 2026 dengan segera. MPP dalam satu kenyataan memaklumkan program insentif itu terbuka kepada pemilik hartanah dan penghuni di bawah bidang kuasa majlis yang membayar cukai taksiran 2026 sepenuhnya, merangkumi bil penggal 1 dan 2. Pihak majlis menjelaskan bahawa peserta juga perlu menjelaskan sebarang tunggakan pada atau sebelum 31 Mei untuk melayakkan diri bagi cabutan tersebut. “Inisiatif ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai yang bertanggungjawab memenuhi kewajipan mereka lebih awal dan secara penuh. Ia juga mencerminkan pendekatan proaktif dan mesra pelanggan pihak majlis dalam memupuk budaya pembayaran tepat pada masanya,” jelas kenyataan itu. Cabutan bertuah tersebut dijadualkan berlangsung pada akhir Jun 2026 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembayar cukai yang layak. Penyertaan terbuka kepada semua pegangan berkadar yang didaftarkan di bawah pemilikan individu dalam sistem MPP, manakala pihak majlis turut menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama program seumpama itu dianjurkan. “Kami amat menggalakkan semua pemilik hartanah dan penghuni di kawasan MPP untuk menjelaskan cukai taksiran mereka secepat mungkin sebelum tarikh tutup pada 31 Mei bagi melayakkan diri untuk cabutan bertuah ini,” tambah kenyataan itu lagi. Menurut pihak majlis, pembayaran cukai taksiran yang tepat pada masanya menyumbang secara langsung kepada keupayaan majlis untuk menyelenggara kemudahan awam, menambah baik perkhidmatan perbandaran serta meningkatkan kualiti hidup komuniti Padawan secara keseluruhan. – TVS
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026
Press Release, 19 January 2026
Pengumuman Rebat Cukai Taksiran 2026 Dimaklumkan bahawa diskaun Cukai Taksiran bagi tahun 2026 telah diluluskan. Orang awam boleh merujuk jadual kadar diskaun dan melaksanakan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.