News

 

KENYATAAN SEBUTHARGA SEMULA: TARIKH TUTUP 14 NOV 2025

Posted on 07 Nov 2025
Source of News: MPP - HMS
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN
 
KENYATAAN SEBUTHARGA SEMULA
 
Tawaran adalah dipelawa daripada penduduk setempat yang layak dan berpengalaman serta berpendapatan rendah ataupun golongan B40 bagi melaksanakan kerja – kerja pembersihan dan penyelenggaraan Tandas Awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan bagi tempoh satu (1) tahun dari 01 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
 
Bil. Lokasi Tandas No. Sebut harga
1. TANDAS AWAM MEDAN SELERA TELAGA AIR MPP/HMS/Q/018/26(R)
2. TANDAS AWAM PASAR BASAH TELAGA AIR MPP/HMS/Q/019/26(R)
3. TANDAS AWAM DESA WIRA MPP/HMS/Q/020/26(R)
4. TANDAS AWAM BATU KAWAH NEW TOWNSHIP MPP/HMS/Q/021/26(R)
5. TANDAS AWAM "KONTENA" BATU KAWAH NEW TOWNSHIP MPP/HMS/Q/022/26(R)
 6. TANDAS AWAM KAMPUNG BENGOH MPP/HMS/Q/023/26(R)
 
Borang sebut harga dan butir-butir lanjut tentang kerja kontrak ini boleh diperolehi dengan bayaran RM 20.00 dari Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Padawan di Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching.
 
Borang sebut harga yang sudah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat, dicap dan ditanda nombor sebut harga dan lokasi tandas yang dipilih. Ianya hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Kaunter Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, MPP pada atau sebelum 14 November 2025 (Jumaat) jam 11.45 pagi.
 
Tuan/puan digalakkan mengadakan lawatan sendiri ke tandas-tandas yang disenaraikan. Sila berhubung dengan pegawai Majlis (Seksyen PerkidmatanPembetungan dan Tandas Awam) untuk tujuan lawatan.
 
Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana - mana tawaran. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka.
 
 
 
PEMANGKU SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN