Announcement

 

KENYATAAN SEBUTHARGA: CADANGAN MELEBARKAN JALAN DI JALAN PEI YUAN, SUNGAI MOYAN 3, BATU KAWAH

Posted on 23 Jan 2026

Majlis Perbandaran Padawan mempelawa kontraktor-kontraktor yang berkelayakan serta mempunyai pendaftaran sah CIDB (SPKK & PPK) G1 Kategori CE Pengkhususan CE01 atau UPKJ Kelas F Kepala III (Sub-Kepala 2a, 2b) berserta CIDB (PPK) untuk menyertai sebutharga bagi Cadangan Melebarkan Jalan di Jalan Pei Yuan, Sungai Moyan 3, Batu Kawah, MP Padawan.

Dokumen sebutharga boleh diperoleh pada waktu pejabat di:
Bahagian Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Padawan, Kota Padawan
Batu 10, Jalan Penrissen, 93250 Kuching

Penyerahan dokumen sebutharga hendaklah dibuat ke dalam Peti Sebutharga di Majlis Perbandaran Padawan selewat-lewatnya jam 11.30 pagi, Jumaat, 30 Januari 2026.

Dokumen lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima sebutharga terendah atau mana-mana sebutharga.

tender