Majlis Perbandaran Padawan mempelawa kontraktor-kontraktor yang berkelayakan serta mempunyai pendaftaran sah UPKJ Kelas F (Kepala II, Sub-Kepala 5a) dan CIDB (PPK) untuk menyertai tender bagi kerja MEMBAIK PULIH DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG GIT.
Dokumen tender boleh diperoleh pada waktu pejabat di:
Bahagian Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Padawan, Kota Padawan
Batu 10, Jalan Penrissen, 93250 Kuching
Penyerahan dokumen tender hendaklah dibuat ke dalam Peti Tender di Majlis Perbandaran Padawan selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari, Selasa, 24 Februari 2026.
Dokumen lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima tender terendah atau mana-mana tender.