Announcement

 

PENGUMUMAN RASMI KEMPEN BAYARAN CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2026 MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN

Posted on 27 Feb 2026

PENGUMUMAN RASMI
KEMPEN BAYARAN CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2026
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Padawan menganjurkan Kempen Bayaran Cukai Taksiran Tahun 2026 dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.00, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pemilik pegangan Kategori Individu yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Padawan sahaja. (Kategori Syarikat, Pemaju dan Persatuan adalah dikecualikan).
  2. Bayaran penuh Cukai Taksiran Tahun 2026 (Suku 1 dan Suku 2) serta semua tunggakan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mei 2026.
  3. Tiada sebarang tunggakan Cukai Taksiran bagi pegangan dalam kawasan MPP.
  4. Permohonan pindah milik (jika berkaitan) mestilah lengkap dan dikemukakan sebelum tarikh tutup.
  5. Pemilik yang menerima pengurangan 100%, rebat atau remisi Cukai Taksiran adalah tidak layak.
  6. Penyertaan adalah secara automatik dan terhad kepada satu (1) hadiah bagi setiap pemilik.
  7. Pemenang tidak dibenarkan menukar hadiah kepada wang tunai.

Tarikh tutup kelayakan penyertaan adalah pada 31 Mei 2026.
Keputusan cabutan adalah muktamad. Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan akan dibatalkan.

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

cabutan bertuah
syarat