Majlis Perbandaran Padawan mempelawa orang awam untuk menyertai tender bagi jualan 19 unit paip Mild Steel Cement Lining.
No. Tender: MPP/ENF/T/066/26
Harga Simpanan: RM9,000.00
Deposit Tender: RM450.00
Yuran Dokumen: RM10.00
Tarikh Tutup: 5 Mei 2026 (12.00 tengah hari)
Aset boleh diperiksa di Nurseri Majlis Perbandaran Padawan, Taman Desa Wira, Kuching pada waktu yang ditetapkan.
Dokumen tender boleh diperoleh di Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Padawan dengan bayaran yang berkenaan.
Penyerahan dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Penguatkuasaan sebelum tarikh dan masa tutup yang ditetapkan.
Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tender.