Announcement

 

NOTIS PERINGATAN TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN BAGI SETENGAH TAHUN PERTAMA 2026 &  KEMPEN BAYAR & MENANG MPP 2026

Posted on 08 May 2026
NOTIS PERINGATAN TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN BAGI SETENGAH TAHUN PERTAMA 2026 & 
KEMPEN BAYAR & MENANG MPP 2026



Dimaklumkan kepada semua pembayar Cukai Taksiran bahawa tarikh akhir bayaran bagi Setengah Tahun Pertama 2026 adalah pada 31 Mei 2026(Ahad).

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menjelaskan bayaran lebih awal dan menyertai Kempen Bayar & Menang 2026, di mana pembayar yang layak berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM 20,000.00,tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat asas kempen:
- Terbuka kepada pemilik pegangan Kategori Individu berdaftar dengan MPP
- Bayaran penuh Tahun 2026 (Suku 1 & 2) serta semua tunggakan dijelaskan sebelum atau pada 31 Mei 2026
- Tiada tunggakan cukai

Rujuk Terma Dan Syarat Penyertaan di sini: https://bit.ly/478wbWf

Perhatian: Surcaj sebanyak 1% sebulan akan dikenakan ke atas bayaran yang dibuat selepas tarikh akhir.

Waktu Operasi Kaunter MPP:
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 3.30 petang
Sabtu (30 Mei 2026): 8.00 pagi – 3.30 petang (kaunter dibuka semasa waktu rehat tengah hari)

Kaedah Pembayaran:
Pembayaran boleh dibuat di kaunter terpilih atau secara dalam talian melalui:
PayBills Sarawak
Service Sarawak Portal
Sarawak Pay (SPay Global)

Pembayar yang belum menerima atau kehilangan bil dinasihatkan untuk mendapatkan salinan di kaunter MPP atau melalui perkhidmatan e-billing.

Bayar awal, elak penalti dan rebut peluang memenangi hadiah!

Sekian, terima kasih.