Majlis Perbandaran Padawan mempelawa orang ramai yang berminat untuk memohon kekosongan gerai di Pasar Awam Majlis bagi pelbagai kategori perniagaan di Pasar Awam Sungai Maong (Batu 3), Kota Sentosa dan Kota Padawan.
Maklumat lanjut mengenai kekosongan gerai serta borang permohonan boleh diperoleh di:
Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
Majlis Perbandaran Padawan
Kota Padawan
93250 Kuching
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Padawan selewat-lewatnya pada 3 Ogos 2026.