Announcement

 

KENYATAAN SEBUTHARGA: MENAIKTARAF BUMBUNG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAMAN SURIA JAYA, MATANG

Posted on 08 Sep 2026

Majlis Perbandaran Padawan mempelawa kontraktor-kontraktor yang berkelayakan serta mempunyai pendaftaran sah CIDB (SPKK & PPK) G1, Kategori B, Pengkhususan B15 atau UPKJ Kelas F, Kepala II (Sub-Kepala 5a) berserta CIDB (PPK) untuk menyertai sebut harga bagi kerja-kerja berikut:

  • MPP/ENG/PJT/DE/Q/052/26(R) - Menaiktaraf Bumbung serta Kerja-Kerja Berkaitan di Blok B, Taman Suria Jaya, Matang (Requotation)
  • MPP/ENG/PJT/DE/Q/053/26(R) - Menaiktaraf Bumbung serta Kerja-Kerja Berkaitan di Blok F, Taman Suria Jaya, Matang (Requotation)

Yuran Dokumen: RM50.00 bagi setiap sebut harga.

Dokumen sebut harga boleh diperoleh pada waktu pejabat di:

Bahagian Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Padawan
Kota Padawan
Batu 10, Jalan Penrissen
93250 Kuching

Dokumen sebut harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Majlis Perbandaran Padawan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, Selasa, 15 September 2026.

Dokumen yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan. Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima sebut harga terendah atau mana-mana sebut harga.