Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026 adalah inisiatif bagi menggerakkan rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan dan memupuk semangat gotong-royong di seluruh negara.
Penganjuran tahun ini menyasarkan penyertaan serentak 200,000 peserta termasuk 10,000 sekolah di seluruh negara, selain usaha merekodkan dua pencapaian baharu
Malaysia Book of Records (MBOR).
Jom sama-sama menjayakan
Hari Cuci Malaysia 2026 dengan membawa dan menjual barangan kitar semula yang ada di rumah!
Setiap kilogram yang dikumpulkan menyumbang kepada
sasaran 28,000 kg barangan kitar semula dalam satu hari.
Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
Jam: 7.00 pagi
Lokasi: Flat Taman Sri Harmoni, Matang
Asingkan, kumpulkan dan kitar semula apa yang ada di rumah. Setiap rumah boleh menyumbang, setiap kilogram membawa makna.
Ayuh bersama-sama kita capai sasaran 28,000 kg dalam satu hari sempena Hari Cuci Malaysia 2026
