Message From Padawan Municipal Council's Secretary


Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Seiring dengan aspirasi dan agenda Kerajaan Negeri Sarawak yang mengenengahkan Ekonomi Digital dalam semua urusan dan perkhidmatan seperti mana yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, MPP kini telah melangkah setapak lagi ke hadapan dan penuh komited dalam menyediakan Laman Web yang mesra pengguna bagi penyampaian setiap perkhidmatan yang terdapat di MPP.

Objektif utama kami menyediakan Laman Web Rasmi MPP ini adalah untuk memudahkan setiap pelanggan berurusan dengan MPP dengan lebih efektif dan efisien. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ICT mempunyai impak yang amat tinggi dalam sistem penyampaian perkhidmatan di seluruh dunia. Dalam dunia tanpa sempadan (Borderless World), dunia ICT telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat masa kini. Kita telah didedahkan dengan budaya hidup yang serba moden dan canggih yang menggalakan komuniti untuk mencapai “Cashless Society” di mana setiap transaksi pembayaran dan perkhidmatan harus dilakukan secara atas talian dan segala transaksi akan berjalan dengan lebih pantas, mudah dan selamat. Untuk makluman, Laman Web Rasmi MPP ini dapat diakses oleh pihak pelanggan tanpa mengira masa dan tempat di mana sahaja mereka berada asalkan tempat itu mempunyai liputan rangkaian internet.

Seperti Pihak Berkuasa Tempatan yang lain, MPP juga akan sentiasa bergerak ke hadapan dalam mengemaskini Laman Web yang lebih mesra pelanggan bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan MPP tanpa  gangguan dan masalah. Namun begitu, MPP sentiasa mengalu-alukan para pelanggan untuk memberikan komen, usul serta cadangan yang sesuai bagi membolehkan kita memperbaiki dan mengukuhkan perkhidmatan yang sedia ada dari masa ke semasa.

Oleh itu saya berharap dengan wujudnya Laman Web Rasmi MPP ini, pihak pelanggan boleh menggunakannya semaksimal yang mungkin supaya kita dapat sama-sama menikmati kemudahan ini untuk faedah dan kebaikan semua.

Sekian, terima kasih

"CEKAP, BERSIH, SELAMAT DAN MAKMUR"

"AN HONOUR TO SERVE"

ELIZABETH LOH

MUNICIPAL SECRETARY
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN