Majlis Upacara Menaikkan Bendera (Flag Raising Ceremony) Sempena Ulang Tahun Majlis Perbandaran Padawan yang Ke-28
Posted on 31 Jul 2024
Source of News: MPP - ENF

31 JULAI 2024 (RABU) - Satu upacara menaikkan bendera sempena Ulang Tahun Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Yang Ke-28 telah berlansung pada hari ini bertempat di lobi dan kawasan parkir Pejabat MPP. Upacara menaikkan bendera yang dimulakan dengan lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku dan seterusnya Lagu Rasmi MPP telah diketuai oleh anggota-anggota Bahagian Penguatkuasa MPP.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Majlis, Pemangku Setiausaha Perbandaran, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan-kakitangan MPP. Acara diteruskan di Dewan Majlis dengan ucapan aluan oleh Cr Tan Kai, Pengerusi MPP dan seterusnya sesi perkongsian berkenaan dengan pencapaian-pencapaian penting MPP serta komitmen MPP untuk memastikan perkhidmatan yang cemerlang terus diberikan kepada rakyat.