Official Website of Padawan Municipal Council
Read More
Press Release, 10 February 2026
KENYATAAN TENDER: MEMBAIK PULIH DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG GIT Majlis Perbandaran Padawan mempelawa kontraktor-kontraktor yang berkelayakan serta mempunyai pendaftaran sah UPKJ Kelas F (Kepala II, Sub-Kepala 5a) dan CIDB (PPK) untuk menyertai tender bagi kerja MEMBAIK PULIH DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG GIT. Dokumen tender boleh diperoleh pada waktu pejabat di: Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Padawan, Kota Padawan Batu 10, Jalan Penrissen, 93250 Kuching Penyerahan dokumen tender hendaklah dibuat ke dalam Peti Tender di Majlis Perbandaran Padawan selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari, Selasa, 24 Februari 2026. Dokumen lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Perbandaran Padawan tidak terikat untuk menerima tender terendah atau mana-mana tender.
Press Release, 19 January 2026
Pengumuman Rebat Cukai Taksiran 2026 Dimaklumkan bahawa diskaun Cukai Taksiran bagi tahun 2026 telah diluluskan. Orang awam boleh merujuk jadual kadar diskaun dan melaksanakan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.